Saturday, February 28, 2009

Public Figure Eps. 8

"Fuyooh! Gitar baru la siot!" Kimo membelek gitar baru Andi. Andi pulak tidak memberi sebarang reaksi. Dia mula mengeluarkan sekeping CD dari CD case. Lepas tu, dia masukkan ke dalam CD player. Bilik Andi memang mewah. Ada TV, PC, CD player, Hi5 set, PSP, PS3 dan macam-macam lagi.
Lagu baru kegemaran Andi berkumandang. Dia menguatkan lagi volume-nye. Dia kemudiannye merebahkan badannye di atas katil saiz Queen-nye. Bilik memang besar. Theme color, black n white.
"Woo...Best la lagu ni. Bila nak mula practise?" Kimo cuba melawan bunyi bising dari CD player tu.
"Nanti la...Bak aku rokok sebatang..." mintak Andi.
"Kau punye dah habis ke?" Kimo menyoal.
"A'ah. Cepat la..." Suara Andi kedengaran malas. Kimo mencapai beg STYLOnye yang dicampakkan di penjuru katil. Lalu, dia mengeluarkan sebatang rokok jenama kesukaannye, Marlboro. Dia memberi rokok itu kepada Andi.
Andi mengeluarkan lighter dari koceknye untuk menyalakan rokok tu. Seketika kemudian, bilik tu dah dipenuhi asap.
"Di, kalau kantoi macam mana?" Kimo mula risau. Dah tentu asap tu boleh dihidu oleh orang luar.
"Kan aku dah cakap. Papa aku kat office, mama aku pulak pergi mesyuarat." terang Andi.

Public Figure Eps. 7

Macam biasa, Kimo akan tumpang kereta BMW Andi untuk pulang ke rumah memandangkan rumah mereka yang dekat. Setiap hari, Pak Mail, driver Andi akan menjemput dia kat sekolah.
Biase la tu bagi orang kaya-kaya macam dia. Aku? Erm...Malulah nak cakap. Mak aku ade Toyota Vios tapi aku balik rumah naik bas. Maklumlah, mak aku tu busy dengan dia punya kerja. Sebenarnye, aku ade lesen motor tapi mak aku tak nak belikan motor sebab dia kata, takut aku jadi mat rempit. Ade ke patut? (Tapi ade la jugak niat...paling tak pun buat stunt 'superman' tu.)
"Kau lepak rumah aku dulu la hari ni. Aku ade lagu baru. Nanti boleh la kita practise." Andi mengajak Kimo bermain gitar dengannye.
"Mak kau okey ke?" tanye Kimo.
"Okey je...lagi pun hari ni dia ade mesyuarat persatuan dia tu..." balas Andi.
"Okey la."
Bersambung...

Saturday, February 21, 2009

Public Figure Eps. 6

Esoknye, erm...Kitorang sebenarnye tak ponteng. (Cuma cabut je!) Kitorang cabut mase rehat. Kitorang tak pergi jauh...Cuma pergi kawasan semak kat belakang sekolah. Untuk apa? Smoking...hehe...Kitorang ni baik sebenarnye. Kitorang tak hisap kat dalam sekolah sebab sekolah kan antara kawasan larangan merokok. Kira baik la jugak kan...
"Alamak! Rokok aku hilang la..." Ijal bersuara.
"Kau terlupa nak masukkan dalam beg kot..." Andi mengagak.
"Entah-entah, mak aku dah jumpa! Aargghh...Mati aku!" Ijal mula cuak.
"Eh, Jal. Rokok kau pada aku la. Aku ambik sebatang ni." akhirnya Kimo bersuara.
"Kau ni buat aku takut je la. Lain kali cakap la..." Ijal mencapai rokok itu dari Kimo.
Kat situlah kitorang habiskan mase sampai la habis waktu sekolah. Boring? Tak lansung! Lepas kitorang hisap rokok, kitorang buatlah aktiviti lain. Macam baca komik ke, baca majalah ke, sembang-sembang, main gameboy Andi ataupun dengar lagu. Kadang-kadang Andi ade jugak bawak PS2. Eh, PS2 pulak. Maksud aku, PSP.
Bila dengar je bunyi loceng sekolah (untuk balik), kitorang terus pack barang masing-masing. Bersedia untuk balik. Macam tu la rutin kitorang kalau buat aktiviti lepak dalam semak.
Bersambung...

Public Figure Eps. 5

Esoknye...

Kitorang tak ponteng hari ni. Aku pulak nak 'pinjam' note dari Kimo. Harap-harap dia bagi la.
"Kimo, aku nak pinjam note kau boleh? Aku tak sempat salin." Aku memulakan sesi memujuk. Tapi selalunye kalau aku nak 'pinjam' homework dia, senang je.
"Ambil la dalam beg tu." Kimo dah nak keluar dari kelas. Maklum la, waktu rehat. Dia mesti nak makan (ataupun nak jumpe Kak Tipah Kantin? Hehe..)
Aku pun menggunakan peluang tu untuk memfotostat (ade ke ayat macam ni?) semua note Kimo.
"Hhmm...satu nota ni nak jual berapa?" Aku tanye Acap. Heh! Kali ni aku berkomplot ngan Acap. Yang lain semua tak tau. (Termasuk la Kimo)
"RM1 cukup la." RM1 je? Fotostat 10 sen. Untung 90 sen je..Ish!
"Mana boleh. Untung 90 sen. Tak sampai RM1 pun." Aku membantah.
"Ok la tu. Ingat Rul, orang tamak selalu rugi." Dapat ceramah free la pulak. Tapi kalau betul la Acap bagi ceramah, jangan dengar sebab dia akan buat ajaran sesat. Sure punye la!
"90 sen tu nak bagi dua antara kau dan aku. Seorang dapat 45 sen je." aku masih lagi merungut.
"Itu satu copy. Kalau 10 copy kita dah dapat..."
"Baru RM4.50! Rokok pun sekotak je dapat. Silap-silap tak dapat. Itu pun kalau 10 orang yang beli." aku memotong.
"Ok! RM1.10. Hah, kita untung RM1." kata Acap.
"Hhmm...Macam tak ade beza je..." Sepuluh sen? Masuk tandas pun 20 sen tau!
"Ish! Kau ni tamak betul la! Nanti kalau minyak da naik, kita naikkan la harga." Acap memberi cadangan.
"Eleh! Setakat naik seposen tu, baik tak payah!" Aku membidas.
"Apa yang tak payah ni?" Tiba-tiba je Kimo masuk dalam kelas. Dia memang sepatutnye bertugas kat blok ni. Masa tu, kitorang tengah sibuk susun note-note tu. Bila nampak je dia, kitorang terus sembunyikan note tu kat bawah meja.
"Arh...tak ade ape-ape. Nah, note kau. Aku dah habis foto...eh, salin. Thanx." Aku tergagap-gagap menyembunyikannya. Urh...Kalau dia tahu...
"Erm...Ok. Anyway, korang tak rehat ke?" tanye Kimo.
"Tak. Kitorang dah breakfast tadi." Acap berbohong. Tapi mungkin jugak dia dah breakfast tapi aku belum lagi.
"Ooh..." Kimo mengangguk lalu keluar dari kelas.
"Uuhhh...Selamat. Nasib baik tak kantoi..." Acap menghela nafas lega.
Hah...Macam ni la gelagat kitorang. Kitorang ni semua single. (Single?) Maklumlah, sekolah kitorang ni sekolah lelaki jadi, susahlah nak cari couple. Hehe...
Bersambung...

Friday, February 20, 2009

Public Figure Eps. 4

Dipendekkan cerita, lepas tu kitorang balik rumah macam biasa. Acap macam biasa, lepak kat rumah aku. Memang macam tu pun. Nanti petang baru bapak dia ambil. Rumah kitorang dekat je. Lagipun, kat rumah aku tu bukannya ade orang. Cuma ade Ilya tu je. Boring betul kalau duduk sorang-sorang. Tengok telenovela Sepanyol..Urh..Ataupun main PS2 yang da banyak kali aku menang tu. Adik aku ade pun macam tak de je. Dia tu asyik nak buat kerja sendiri je.
"Sedapnye mee yang mak kau masak ni. Tapi macam aku kenal rasa sambal ni. Macam sambal Kak Ani yang berjual kat simpang tiga tu." Acap tegur aku mase dia makan petang tu.
"Rajinnya mak aku nak masak. Mak aku memang beli mee ni dekat Kak Ani pun." Aku membalas selamba. Kitorang ni memang 'open'.
"Oohh..." Acap muncung.
"Oi, beb. Aku ingat aku nak buat bussiness la. Nak buat duit lebih. Sekarang ni aku asyik pokai je." terus terang aku cakap, sekarang ni duit dalam dompet aku ade RM7 je!
"Bussiness ape?" Ish, budak ni. Mulut penuh pun nak cakap. Tempias air liur pulak tu.
"Ntah la...Aku pun tak tahu..Nanti la aku fikir." Seriously, tak ade idea. Dengan kepale aku yang tengah sesak dengan formula-formula mathematics tu, aku memang tak boleh berfikir. (sebab aku tengah buat homework math)
"Jual note ok tak?" Acap bagi cadangan.
"Kau ingat aku ni rajin sangat nak salin nota?" Aku ni memang pemalas pun. Eh, tak pe la. Sekurang-kurangnya aku mengaku.
"Kita mintak la Kimo supply note. Kita jadi tukang edar je la." Erm..idea tu, boleh dipertimbangkan.
"Ok! Aku setuju." Oit! Tak pertimbangkan, terus setuju?
Bersambung...

Public Figure Eps. 3

Lepas tu, kitorang ronda-ronda la lagi. Tibe-tibe je Ijal keluarkan sesuatu dari beg dia. Huh? Komik? Bila mase pulak dia beli?
"Bila mase pulak kau beli komik ni? Aku tak nampak pun kau beli tadi." tanya Acap.
"Siape kata aku beli..." Ijal tersenyum. Menampakkan giginya yang kuning sebab join kitorang merokok.
"Kau curi?" Andi excited. Over betul mamat ni! Nak belajar la tu. Ish, tak insaf-insaf kawan-kawan aku ni.
"Tengok kakilah." jawab Ijal. Ah? Apa kena mengena curi dengan kaki? Pelik betul budak-budak ni.
"Padan la diam je tadi." kata Kimo. Aku pulak, diam je...
Lepas tu, kitorang pun masuk kedai-kedai lain yang ade kat situ. Kedai CD pun kitorang masuk jugak. Saje tengok-tengok CD.
"Eh, cerita ni macam best je." kata Acap.
"Acap, kau buta ke. Tak nampak ke dia tulis 18sx?" Kimo mencelah.
"Eleh! Macam tak biase pulak." nakal betul budak-budak ni. (hehe..same macam aku!)
"Erm..Ni album penyanyi kesukaan kau ni Acap, Jason Mraz.." aku menegur Acap.
"Hah? Sejak bile pulak aku minat si Jason Mraz ni?" Acap membantah. Ish, emosi betul budak ni!
"Ooh...kau minat Jesse McCartney kan?" Aku masih mencuba.
"Mana ade! Aku minat Chris Brown la!" Ha? Jauhnye Jason Mraz dengan Chris Brown. Mana la aku dapat idea name Jason Mraz dengan Jesse McCartney tu! Ish...Memalukan betul.
Tibe-tibe aku ternampak...Andi nak masukkan CD ke dalam beg dia. Erm..Da mula la tu...
"Oi!!" penjaga kedai tu menjerit. Alamak! Kantoi! CD terus terlepas dari tangan Andi. Tapi bukan jatuh ke lantai tapi jatuh ke dalam beg Andi. Fuyooh!
"Cabut!!" jerit Andi. Kitorang ape lagi, cabut la. Aku rasa masa tu aku dah kalahkan Usain Bolt. Aku pecut habis. Diorang pun same jugak.
"Jangan lari!" Pak Cik tu masih lagi menjerit. Kitorang pulak masih lagi berlari.
Oit! Letih betul aku berlari. Akhirnya, kami pun bertapa di sesuatu tempat..(Ceh! Ayat masyuk!) Kitorang sembunyi kat..ah..urm.. aku sendiri pun tak tau kat mane..Macam belakang kedai je.
"Nasib baik Pak Cik tu tak dapat jejak kita." Andi mengeluh lega.
"Dia tu terlalu tua untuk berlari..Kalau acara 100 meter pun belum tentu lepas." Kata Ijal pulak. Mentang-mentanglah dia tu atlet sekolah, nak cakap banyak pulak.
"Kau ni cepat sangatlah, Andi. Kau kena belajar dengan expert ni." Acap merujuk kepada Ijal..(Eleh! bangga la tu!)
"Tapi sekurang-kurangnya aku dapat jugak." Dia tunujk CD 'James Bond' yang dia berjaya rembat. Alamak! James Bond zaman 60-an da...!! Ish budak ni..Kata je orang kaya (Oopss..anak orang kaya.) tapi tetap nak rembat jugak.
"Ini cerita zaman bila?! Sekarang ni da zaman milenium..Haha.." Kimo ketawakan Andi. Tapi seriously, mungkin inilah balasannya. Andi ni pun bengap jugak. Asal la dia tak tengok CD ape yang dia nak ambil. Pilihlah yang best-best sikit.
Hhmm...Nasib baiklah tak ade security kat situ. Kalau tak...(Aku tak sanggup bayangkan.) Ah...Nak bayangkan jugak! Kena tangkap, pergi Balai, panggil parents, kantoi sebab mencuri dan ponteng, kena leter, tak boleh lepak lagi. Aaarrrgghhh!!
Bersambung...

Sunday, February 8, 2009

Public Figure Eps. 2

Dan kisah pun bermula...
Kitorang semua baru lepas salin baju sebab nak lepak kat shopping complex.(ponteng) Aku yang terlebih macho ni pakai baju hitam dengan corak yang aku sendiri pun tak faham. Seluar, seluar tiga suku (3/4).
Acap pulak pakai T-shirt MU dia tu. Merah konon! Tapi, cantik la jugak. Nasib baik aku pun penyokong MU. Dia pakai seluar tiga suku same macam aku cume warna je berbeza. Aku punya warna grey 'malah' dia punya pulak warna hitam. (tatabahasa hancur da..!!)
Andi ngan sweater hitam dia tu. Tambah pulak dengan topi dia. Macho habis! Dia pulak pakai seluar tiga suku bercorak ala-ala scottish. Merah hitam. Huh! terpengaruh sangat dengan budaya barat tu. (ala, berlagak alim. Aku pun pakai seluar pendek jugak!)
Kimo ni sopan sikit. Seluar jeans panjang. Baik. Eleh! Baik-baik pun ponteng jugak. Tapi tak apelah sebab dia cemerlang. Pengawas lagi. Tapi, jambu la siot! Dia pakai baju warna pink! Haha..
Ijal, sorang lagi member aku yang satu kepala ngan aku. Gile-gile! T-shirt gambar tengkorak. hah, tak bermoral sungguh! Lagi menambahkan tak bermoralnye dia, dia pakai seluar tiga suku tu jugak. Astarfirullahhal'azim, ish, ish! (ceh! memang tak sedar diri betul..)
Kitorang jalan-jalan la kat situ. Kitorang nak tengok wayang. Tapi itu bukan la agenda utama. So, kitorang jalan-jalan la dulu. Kitorang pun masuk la ke sebuah kedai magazine.
Kitorang belek satu per satu majalah dan komik kat kedai tu. Tak adelah lama sangat. Cume dalam sejam dua je. Siap boleh duduk bersila baca komik lagi! Dasyat-dasyat.
"Tak sekolah ke?" tibe-tibe je Pak Cik Bangla (tuan punya kedai) tu tegur kitorang.
"Kitorang sekolah sesi petang." Acap cover line. Pandai sungguh menipu. Esh, apa nak jadi budak-budak zaman sekarang ni?
"Nak beli ke tak nak?" tajam giler dia merenung kitorang. Pontianak Harum Sundal Malam pun takut.
"Tak la Aci. Kitorang da khatam pun semua komik-komik ni." balas Andi selamba.
"Mana boleh! Baca dah sejam, memang la da habis baca. Saya tak kira. Sebelum awak semua keluar, kena beli sesuatu dulu." amboi! Garangnya Pak Cik Bangla ni.
"Ok la..Gula-gula lima biji, ye." kata aku. Saje nak tengok Pak Cik yang sudah sedia hangus ni terbakar.
"Hah? Gula-gula saja?" Dah nak sampai boiling point da ni..
"Ye la...Tadi u cakap kena beli sesuatu. Gula-gula pun ok la." Kimo membela aku. Perdebatan hebat ni..kita tengok siapa yang menang.
"Ok la, ok la." akhirnya Pak Cik tu mengaku kalah juga..Dia pun bagi la lima bijik gula-gula tu. Tinggal tunggu bayar je.
"Alamak! Aku tak ade duit kecik la.." Ijal bagi alasan.
"Syiling aku nak buat tambang la nanti." aku pun nak mengelak jugak. Biar diorang je yang keluar duit.
"Aku lagilah pokai!" Acap pun dua kali lima je.
"Aku...Aku tak bersalah." Kimo tergagap-gagap nak mencari alasan. Sekarang ni tinggal Andi sorang je..Semua orang pandang dia.
"Apa?" dia tanya. "Ye la. 50 sen kan? Nah." dia bagi sekeping syiling 50 sen. Ceh! Mentang-mentanglah dia yang paling kaya!
Bersambung...