Saturday, February 21, 2009

Public Figure Eps. 5

Esoknye...

Kitorang tak ponteng hari ni. Aku pulak nak 'pinjam' note dari Kimo. Harap-harap dia bagi la.
"Kimo, aku nak pinjam note kau boleh? Aku tak sempat salin." Aku memulakan sesi memujuk. Tapi selalunye kalau aku nak 'pinjam' homework dia, senang je.
"Ambil la dalam beg tu." Kimo dah nak keluar dari kelas. Maklum la, waktu rehat. Dia mesti nak makan (ataupun nak jumpe Kak Tipah Kantin? Hehe..)
Aku pun menggunakan peluang tu untuk memfotostat (ade ke ayat macam ni?) semua note Kimo.
"Hhmm...satu nota ni nak jual berapa?" Aku tanye Acap. Heh! Kali ni aku berkomplot ngan Acap. Yang lain semua tak tau. (Termasuk la Kimo)
"RM1 cukup la." RM1 je? Fotostat 10 sen. Untung 90 sen je..Ish!
"Mana boleh. Untung 90 sen. Tak sampai RM1 pun." Aku membantah.
"Ok la tu. Ingat Rul, orang tamak selalu rugi." Dapat ceramah free la pulak. Tapi kalau betul la Acap bagi ceramah, jangan dengar sebab dia akan buat ajaran sesat. Sure punye la!
"90 sen tu nak bagi dua antara kau dan aku. Seorang dapat 45 sen je." aku masih lagi merungut.
"Itu satu copy. Kalau 10 copy kita dah dapat..."
"Baru RM4.50! Rokok pun sekotak je dapat. Silap-silap tak dapat. Itu pun kalau 10 orang yang beli." aku memotong.
"Ok! RM1.10. Hah, kita untung RM1." kata Acap.
"Hhmm...Macam tak ade beza je..." Sepuluh sen? Masuk tandas pun 20 sen tau!
"Ish! Kau ni tamak betul la! Nanti kalau minyak da naik, kita naikkan la harga." Acap memberi cadangan.
"Eleh! Setakat naik seposen tu, baik tak payah!" Aku membidas.
"Apa yang tak payah ni?" Tiba-tiba je Kimo masuk dalam kelas. Dia memang sepatutnye bertugas kat blok ni. Masa tu, kitorang tengah sibuk susun note-note tu. Bila nampak je dia, kitorang terus sembunyikan note tu kat bawah meja.
"Arh...tak ade ape-ape. Nah, note kau. Aku dah habis foto...eh, salin. Thanx." Aku tergagap-gagap menyembunyikannya. Urh...Kalau dia tahu...
"Erm...Ok. Anyway, korang tak rehat ke?" tanye Kimo.
"Tak. Kitorang dah breakfast tadi." Acap berbohong. Tapi mungkin jugak dia dah breakfast tapi aku belum lagi.
"Ooh..." Kimo mengangguk lalu keluar dari kelas.
"Uuhhh...Selamat. Nasib baik tak kantoi..." Acap menghela nafas lega.
Hah...Macam ni la gelagat kitorang. Kitorang ni semua single. (Single?) Maklumlah, sekolah kitorang ni sekolah lelaki jadi, susahlah nak cari couple. Hehe...
Bersambung...

No comments:

Post a Comment