Saturday, February 28, 2009

Public Figure Eps. 8

"Fuyooh! Gitar baru la siot!" Kimo membelek gitar baru Andi. Andi pulak tidak memberi sebarang reaksi. Dia mula mengeluarkan sekeping CD dari CD case. Lepas tu, dia masukkan ke dalam CD player. Bilik Andi memang mewah. Ada TV, PC, CD player, Hi5 set, PSP, PS3 dan macam-macam lagi.
Lagu baru kegemaran Andi berkumandang. Dia menguatkan lagi volume-nye. Dia kemudiannye merebahkan badannye di atas katil saiz Queen-nye. Bilik memang besar. Theme color, black n white.
"Woo...Best la lagu ni. Bila nak mula practise?" Kimo cuba melawan bunyi bising dari CD player tu.
"Nanti la...Bak aku rokok sebatang..." mintak Andi.
"Kau punye dah habis ke?" Kimo menyoal.
"A'ah. Cepat la..." Suara Andi kedengaran malas. Kimo mencapai beg STYLOnye yang dicampakkan di penjuru katil. Lalu, dia mengeluarkan sebatang rokok jenama kesukaannye, Marlboro. Dia memberi rokok itu kepada Andi.
Andi mengeluarkan lighter dari koceknye untuk menyalakan rokok tu. Seketika kemudian, bilik tu dah dipenuhi asap.
"Di, kalau kantoi macam mana?" Kimo mula risau. Dah tentu asap tu boleh dihidu oleh orang luar.
"Kan aku dah cakap. Papa aku kat office, mama aku pulak pergi mesyuarat." terang Andi.

2 comments:

  1. Anwar, good job man. I like the story. That what we call Malaysian.(think so). Anyway, nice to meet u.

    p/s: I hate casanova and smokers!

    ReplyDelete
  2. cite ni mmg menarik...ta ada sambungan lagi ker??
    awk nk jd penulis cite eh??

    ReplyDelete