Saturday, February 7, 2009

Public Figure Eps. 1

Korang ade kawan? Mesti ade kan..Memanglah semua orang kena ade kawan. Bagi aku, kawanlah yang membuatkan hidup aku lebih ceria, lebih warna warni. Dan lebih colorful. Eh, same je la tu. Heha..Biar aku ceritakan pasal kawan-kawan aku kat korang..Ok tak?
Bestfwen aku, Muhd. Syafrizal atau lebih senang dipanggil Ijal. Dia ni tak la expert sangat dalam akedemik (macam aku jugak..hehe..) tapi memang expert dalam sukan. Pernah wakil untuk olimpik tu! (menipu giler..!!) Tak ade la, setakat peringkat daerah je. Lumba lari, tak de la laju sangat. Dia pernah la pecahkan world record sekali dua. Hehe..Dia jugak merupakan pemain bola sepak sekolah. Eleh! Ingat macho la tu.
Cukup-cukup la cerita pasal Ijal tu. Naik muak aku dibuatnya. Dia tu sebenarnya casanova terulung. Gurlfwen keliling pinggang. Alamak! Dah tersambung balik la pulak!
Lagi sorang bestfwen aku, Daniel Andi Firdaus. Name punyalah susah aku nak sebut (eja pun belum tentu betul lagi!) Dia ni anak orang kaya. Bergaya pulak tu. Gurlfwen pun asyik tukar-tukar je. Tapi takde la macam Ijal yang dalam satu mase tu boleh ade 5 gurlfwen sekali gus! Hhmm...kiranya dia ni boleh la korang anggap macam Paris Hilton versi lelaki. Paris Latsis pun boleh jugak. Bapak dia pun tauke minyak jugak. Dah ade persamaan la tu.
Dia ni memang otak gile-gile. Memang layak la jadi geng aku. Pandai, tak la sangat. Tapi kiranya dia ni VIP la kat sekolah. Bapak dia banyak bagi sumbangan kat sekolah. Dia ni sempoi. Hah! Aku dah dapat pun kelemahan dia. Puas aku cari. (Hehe..) Dia ni memang out kalau bab-bab agame. Tapi kalau baca Al-Fatihah ataupun doa makan masih lulus lagi.
Dia ni baik, caring dan kacak?! (Ayat je ni). Hhmm..Tapi yang kacak tu memang aku tak boleh nak nafikan. Muke dia? Ada la sikit macam Harun Salim Bachik. Haha..Gurau je. Ha, kalau Brad Pitt tu, dia hensem sikit la. Tapi rambut tak blonde (purple je), mata tak biru atau hijau dan ahh..Janggut pun belum ada lagi.
Hah! Yang sorang ni memang fanatik sikit. Name dia Asyraff Khairuddin. Name glamor, Acap. Ala, common name. Ape yang fanatik sangat? Ha...dia ni suke sangat kat Jason Mraz. Eh, ye ke? Ke Jesse McCartney, ah? Arghh!! Aku nak panadol! Erm..Itulah yang dia fanatik sangat. Aku pun tak faham kenapa. Bukannya istimewa sangat. (Erm..Diorang ni bukan ikon gay kan?). Aku takut juga kalau dia hidup bergelumang dosa ni. Ceh! Bajet prihatin.
Dia ni perasan sikit (sebenarnya banyak!). Ingat dia hensem sangat! Aku lagi hensem. Dia tak tau yang aku ni dengan Sean Kingston tu adik-beradik. Eh, Sean Kingston? Uh, tak! tak! Maksud aku, Sean Paul. Aku pun pandai nyanyi jugak. Alamak! Dah termasuk cerita aku pulak. Berbalik pada Jason Mraz ni, eh, maksud aku Acap. Dia ni minat bidang hiburan. Kalau korang tanya dia pasal artis-artis, mesti dia boleh jawab dengan jayanya. Aku rasa, kalau ade la exam pasal hiburan, dia akan mencipta sejarah dengan markah 100% dan straight A. Dia pun aktif la jugak. Pemain bola sepak sekolah, same macam Ijal.
Sorang lagi yang berjaya masuk dalam senarai bestfwen aku...(mesti korang tertanya-tanya berapa banyak bestfwen aku sebenarnya. Jangan risau, ni last!) Ok, sambung balik...ialah...Kimo atau name sebenarnya (dalam IC) ialah Kamarul Irfan bin Md. Othman. Kacak? Sudah semestinya. Kawan aku mestilah kacak. (Tapi aku yang paling kacak, ok!) Tak aktif, same macam aku. Tapi rajin, berbeza giler ngan aku. Pelajar contoh ni (dalam kelas je..Jangan perasan lebih-lebih eh!)
Bapak dia ni, iaitu Pak Cik Othman merupakan penjual ayam golek. Kalau korang makan ayam golek Pak Othman ni, pergh! Gerenti nak lagi. Mengalahkan KFC! Asal aku cerita pasal bapak dia pulak ni? Hah! Kalau korang nak tau, walaupun dia ni kira cemerlang dalam akedemik, perangai macam budak kecik! Gile main PS2, same macam kitorang semua. Kumpul action figure. Hah! yang ni tak mewarisi aku. Hehe..
Aku? Bak kata Siti Nurhaliza, biarlah rahsia. Tapi susahlah nak cerita kalau tak perkenalkan diri. Ye tak? Ok la..Name aku..Semak..(Arghh!! Kalau la name aku betul-betul Semak, aku tak sanggup hidup lagi!) Lagipun, aku ni anti-Bush. Ok la..Betul-betul la ni..Muhammad Fakhrul Hairie. Itulah name aku. Arul..Panggil je aku Arul..

1 comment:

  1. wow!!ramainyer geng!!name pon leh tahan!!description sensorang hamboih bukan men agi..nak kasik promote kawan ka aper?

    ReplyDelete